
KELAB England, Manchester United tersingkir awal di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim ini.
United pimpinan Ole Gunnar tewas 3-2 pada perlawanan di Red Bull Arena.
RB Leipzig selesa dengan kelebihan 3-0 menerusi jaringan Angelino, Amadou Haidara dan Justin Kluivert di Red Bull Arena.
United cuba bangkit hasil gol Bruno Fernandes dan Paul Pogba tetapi sudah terlewat.
Kemenangan kelab Jerman itu menebus kekalahan 5-0 mereka di Old Trafford pada Oktober.





Add Comment