
PENGARAH pasukan bola sepak kebangsaan Jerman, Oliver Bierhoff, mengatakan bahawa bekas jurulatih RB Leipzig, Ralf Rangnick, menjadi opsyen pengganti kepada Joachim Low.
Low, yang melatih Jerman sejak 2006 berada di bawah tekanan setelah prestasi teruk dipamerkan Manuel Neuer sejak September lalu.
Kemuncaknya, Jerman dimalukan Sepanyol dengan keputusan 6-0 pada perlawanan Liga Negara-Negara UEFA di Stadium Olimpico, Sevilla pada pertengahan November lalu.
Keputusan negatif itu sekaligus menamatkan rekod tanpa kalah Jerman dalam 12 perlawanan terakhir, mengulangi kekalahan terbesar mereka sejak ditundukkan Austria dalam aksi persahabatan pada tahun 1931 dengan skor yang sama.
Minggu Lalu, Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) cuba mengakhiri spekulasi tentang masa depan Low dengan menyatakan sokongan kepada pengurus berusia 60 tahun itu.
Namun, Bierhoff memberikan maklumat yang berbeza.
“Anda harus berhati-hati dalam berkata-kata. Ini adalah proses yang berkesinambungan.
“Low mengalami satu tahun yang buruk dalam 16 tahun. Sukar untuk mendorong kemajuan dalam kondisi saat ini. Dia punyai kekuatan, keyakinan, dan visi yang jelas,” ucap Bierhoff, seperti dilapor dari Sky Sports pada November lepas.





Add Comment