Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

3 pengadil Malaysia galas kepercayaan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

PENGADIL dari Malaysia terus mendapat kepercayaan di pentas antarabangsa apabila dua Pengadil FIFA, Amirul Izwan Yaacob dan Muhammad Nazmi Nasaruddin serta Penolong Pengadil FIFA, Mohd Yusri Muhamad tersenarai dalam kalangan pegawai perlawanan yang bertugas sepanjang saingan Liga Juara-Juara AFC 2020 bagi Zon Timur yang sedang berlangsung di Doha, Qatar sejak 19 November lalu.
Amirul, 34, bertindak sebagai Pengadil bagi perlawanan Kumpulan E, Melbourne Victory lwn Beijing Guon pada 27 November 2020 serta sebagai Pegawai Keempat bagi tiga lagi perlawanan iaitu Beijing Guon lwn FC Seoul pada 21 November, Ulsan Hyundai lwn Perth Glory pada 24 November dan aksi Pusingan 16, Yokohama Marinos lwn Suwon Samsung Bluewings pada 1 Disember 2020.
Nazmi, 30, pula menjadi Pengadil pada perlawanan Kumpulan F, Ulsan Hyundai lwn Perth Glory pada 24 November serta sebagai Pegawai Keempat pada dua lagi perlawanan iaitu Melbourne Victory lwn Beijing Guon pada 27 November dan Yokohama F. Marinos lwn Jeonbuk Hyundai Motor pada 1 Disember 2020.
Sementara Yusri, 41, menjadi Penolong Pengadil pada empat perlawanan iaitu Beijing Guon lwn FC Seoul pada 21 November, Ulsan Hyundai lwn Perth Glory pada 24 November, Melbourne Victory lwn Beijing Guon pada 27 November dan Yokohama Marinos lwn Suwon Samsung Bluewings pada 1 Disember 2020.
Mereka bertiga turut diberikan ‘tugasan tambahan’ mengendalikan perlawanan tunggal Kumpulan E, Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Qatar lwn Bangladesh yang berlangsung di Doha, 4 Disember lalu yang mana Amirul bertindak sebagai Pengadil, Yusri sebagai Penolong Pengadil manakala Nazmi selaku Pegawai Keempat pada perlawanan tersebut.
Saingan Liga Juara-Juara AFC 2020 bagi Zon Timur kini memasuki peringkat suku akhir yang menyaksikan Ulsan Hyundai telah diundi bertemu Beijing Guon manakala Vissel Kobe bakal berdepan Suwon Samsung Bluewings, esok (10 Disember 2020) dengan kedua-dua aksi berlangsung di Stadium Al Janoub, Doha.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: