Antarabangsa Bola Sepak

Karier Pogba di United dah berakhir

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pogba tidak gembira bermain untuk Manchester United.

KARIER Paul Pogba di Manchester United akan berakhir, demikian kata ejennya yang bernama Mino Raiola.

Ditanya berhubung masa depan pemain tengah di United, Raiola mengatakan dalam wawancara dengan Tuttosport:

“Saya dapat mengatakan bahawa ini sudah berakhir untuk Paul Pogba di Manchester United.

“Paul tidak gembira dengan Man United kerana dia tidak lagi dapat mengekspresikan dirinya dengan cara yang dia inginkan dan seperti yang dia harapkan. Paul memerlukan pasukan baru, perubahan suasana,” katanya.

Walaupun begitu, Pogba masih terikat kontrak selama 18 bulan lagi dan akan tamat pada musim panas 2022.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: