Antarabangsa Bola Sepak

Lampard tak makan pujian

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Chelsea pasukan pilihan juarai EPL musim ini.

PERMAINAN psikologi yang dilancarkan Jurgen Klopp tidak memberi kesan kepada pengendali Chelsea, Frank Lampard.

Klopp memuji kualiti Chelsea dan menamakan The Blues sebagai salah satu pilihan juara Liga Perdana Inggeris, tapi Lampard memilih merendah diri.

“Saya tidak yakin ada orang yang percaya itu (komen Klopp). Liverpool dan Manchester City masih menjadi pilihan banyak orang dan memang layak kerana prestasi mereka dalam tiga atau empat tahun terakhir, ditambah dengan cara mereka membangun skuad.

“Tottenham dan Manchester United pun termasuk dalam persaingan,” kata Lampard kepada Chelsea FC.

Lampard menghargai pendapat Klopp dan akui tidak ada yang salah.

Biarpun begitu, dia menegaskan skuad Chelsea yang sekarang masih muda dan memerlukan lebih masa.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: