Bola Sepak

Hajat tengok cucu tak kesampaian


HAJAT bapa kepada pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad, untuk melihat cucu lelaki yang baru dilahirkan tidak kesampaian apabila cucu, yang berusia 22 hari itu, maut dalam kemalangan tersebut.

Lapor Stadium Astro, penyerang negara berusia 25 tahun itu terlibat dengan kemalangan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Sungai Bakap, awal pagi tadi, yang mengorbankan anak lelakinya, Muhammad Aisy Saqeef; ibu mentuanya, Zainab Wahab (45 tahun) dan warga Indonesia Titik Sukamti (30-an) sementara seorang lagi anak perempuannya, Aaira Nur Saffiyya (2) cedera ringan manakala isterinya, Nur Amalina Nur Ain (25), parah.

“Saya memang rancang untuk Johor tengok cucu (baru) tetapi kebetulan kelmarin PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) disambung, jadi kami (tangguh) rancangan ke sana pada 24 Disember ini,” katanya di Unit Forensik Hospital Sungai Bakap, hari ini.

Sementara itu, menceritakan mengenai kejadian yang menimpa anaknya, dia menerima panggilan kira-kira jam 4 pagi tadi yang memintanya segera ke lokasi kejadian dan pada mulanya tidak mempercayainya ketika dimaklumkan.

Jenazah anak lelaki Syafiq dan ibu mentuanya selamat dikebumikan di Pendang, Kedah, malam tadi.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading