
KEMARAU empat perlawanan kemenangan Leicester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris berakhir di Bramall Lane, Sheffield.
Penyerang The Foxes, Jamie Vardy menjaringkan gol kemenangan ke atas pasukan tuan rumah untuk keputusan 2-1.
Sheffield United berjaya memadamkan kelebihan awal Ayoze Perez menerusi gol Oli McBurnie.
Pengendali Leicester, Brendan Rodgers memuji jaringan Vardy dan memberitau mereka berhak untuk meraih kemenangan.
“Jamie Vardy adalah antara pemain terbaik di Eropah pada posisi berkenaan,” ujarnya.
Sepanjang perlawanan, dua kali percubaan Leicester terkena tiang dan mempunyai banyak lagi peluang lain.





Add Comment