Antarabangsa Bola Sepak

Spurs kembali ke puncak EPL


Jose Mourinho puas hati aksi pemain Spurs.

 

DERBY London utara menyaksikan Tottenham Hotspur menang selesa 2-0 ke atas Arsenal sekaligus kembali ke persada Liga Perdana Inggeris.

Jaringan menerusi Son Heung Min dan Harry Kane cukup membantu Tottenham meraih tiga mata di depan 2,000 penyokong sendiri di Stadium Tottenham Hotspur.

Spurs kini mengumpul 24 mata selepas 11 perlawanan dua mata mengatasi Chelsea yang sempat berada tangga teratas semalam.

Berbanding Arsenal, mereka terperosok di tangga ke-15 liga selepas tewas kali keenam musim ini dan bergelut untuk mencari kedudukan terbaik.


Add Comment

Click here to post a comment