
BINTANG seni bela diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov mungkin kembali ke gelanggang pertarungan jika ditawarkan AS$100juta.
Jelas Khabib, tawaran tersebut berkemungkinan akan berlaku pada akhir tahun ini di Abu Dhabi.
Bagaimanapun katanya, dia tidak berminat bertarung dengan Conor McGregor selepas pernah menumbangkannya begitu mudah sebelum ini.
Presiden UFC, Dana White ada memujuk Khabib untuk kembali bertarung namun dia masih kekal dengan keputusannya itu.
Khabib mengotakan janji kepada ibunya untuk bersara daripada sukan berkenaan sejurus menewaskan lawan dari Amerika Syarikat, Justin Gaethje dalam kejuaraan lightweight Kejohanan Pertarungan Unggul (UFC 254) di Abu Dhabi, Oktober lepas.
Petinju berusia 32 tahun itu mengumumkan persaraannya sejurus menewaskan Gaethje dengan mengenakan kuncian triangle choke pada minit 1:34 di pusingan kedua.
Add Comment