Bola Sepak

Izrin Nabil dilantik Setiausaha Agung FA termuda dalam sejarah

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

SEJARAH terlakar untuk Izrin Nabil Ismail apabila muncul individu termuda dilantik Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) pada usia 29 tahun.

Memetik laporan Stadium Astro, FAS dan Izrin Nabil kini bertanggungjawab membangunkan bola sepak negeri itu memandangkan Selangor FC akan memberikan fokus kepada dua pasukan profesional dalam Liga Super dan Liga Perdana.

“Sejujurnya, saya tidak pernah memikirkannya (dilantik setiausaha agung FAS) tetapi saya ada mendengar mengenainya.

“Saya tidak fikir faktor umur terlalu penting kerana apa yang penting adalah tenaga dan minat anda terhadap tugasan ini,” katanya kepada Nadi Arena.

Menurut Izrin Nabil, beliau memberi fokus kepada pembangunan akar umbi dan ia merangkumi semua bahagian kecuali peringkat elit.

Bahagian pertama yang akan FAS usahakan adalah bola sepak wanita.

“Kami mahu memartabatkan bola sepak wanita di Selangor,” katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: