
PENUNGGANG berpengalaman, Valentino Rossi menceritakan bagaimana dirinya hampir bersara pada tahun 2013.
The Doctor mengakui dirinya telah ‘diselamatkan’ oleh Yamaha.
“Ada begitu banyak saat indah. Sejak 2004, ketika kami membawa pasukan kami dan (ketua kru) Jeremy Burgess bekerja dengan Masao Furusawa.
“Tapi yang paling saya ingat adalah ketika saya bercakap dengan Lin Jarvis (bos pasukan Yamaha), dan mereka mengatakan akan memberi saya peluang lagi untuk kembali ke pasukan utama pada akhir 2012.
“Oleh itu, saya akan selalu berterima kasih kepadanya dan kepada semua Yamaha, kerana pada saat itu saya putus asa dan mungkin jika saya tidak kembali berlumba. Itu kenangan yang bagus,” kata Rossi, seperti dilapor Autosport.
Rossi menjadi sebahagian daripada pasukan Yamaha sejak 2004, ketika berpindah dari Honda.





Add Comment