Bola Sepak Terkini

Perak ikat benteng Uitm FC


Muhammad Danish dikatakan rekrut terbaharu Perak musim depan.

SELEPAS berjaya mengikat penjaga gol muda Kedah, Muhammad Azri Abdul Ghani, Perak dilihat semakin ghairah memperkemaskan pasukan apabila difahamkan telah membawa masuk bekas pemain UiTM FC, Muhammad Danish Haziq Saipul Hisham bagi saingan musim 2021.

Beraksi dibahagian pertahanan, Muhammad Danish  dikatakan menyertai Perak untuk tempoh setahun.

Kemasukan pemain bek kanan berusia 23 tahun itu ke dalam pasukan bakal memberikan persaingan sihat buat pemain utama di posisi tersebut, Amirul Azhan Aznan.

Sebelum bersama UiTM FC pada musim 2020, Danish Haziq pernah menyarung jersi skuad Harimau Muda C dan Negeri Sembilan.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment