Bola Sepak Terkini

Reduan Abdullah anti Frank Bernhardt


BAGI seorang pemain bola sepak di negara-negara lain untuk bermain sehingga umur 40-an, ianya bukanlah suatu perkara yang asing. Ramai sahaja pemain-pemain contoh yang beraksi sehingga umur 40-an seperti Ryan Giggs, Paolo Maldini, Francesco Totti, Rivaldo, Javier Zanetti, Romario, Kevin Phillips dan Teddy Sheringham.

Itu diluar negara dan ia sedikit berlainan pula di Liga Malaysia, dimana rata-ratanya para pemain terutamanya yang berwarganegara Malaysia amat jarang kita melihat mereka bermain sehingga mencapai umur 40-an. Walaupun begitu, masih ada lagi pemain bola sepak di Malaysia yang mampu mengekalkan prestasi dan kecergasan mereka pada lewat umur 30-an.

Berdasarkan senarai pemain yang berdaftar dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk saingan Liga Super Malaysia 2020 ini seramai 328 orang pemain disahkan berada dalam 12 pasukan yang bertanding dalam liga tertinggi bola sepak Malaysia itu.

Jadi kali ini kami kongsikan salah seorang pemain yang dianggap OTAI dan masih BERBISA di atas padang.

Faktor usia dilihat bukan penghalang buat Indra yang sentiasa mempamerkan aksi terbaik setiap kali diturunkan beraksi.

INDRA TETAP SETIA BERSAMA THE HAWKS

Indra Putra Mahayuddin telah merekodkan 100 gol dalam saingan Liga Super selain turut mewarnai bola sepak antarabangsa sekitar tahun 2000 hingga 2015.

Masih ingin terus menabur khidmat selaku pemain bola sepak profesional, Indra tetap menyimpan hasrat untuk terus bersama beraksi dia atas padang.

“Masih menunggu dan perbincangan untu terus bergelar pemain bola sepak sedang berjalan lancar.Insyallah keputusan akan diketahui minggu depan. Pada dasarnya mungkin tiada masalah dan saya masih lagi ingin bermain bola sepak.

“Ada beberapa pasukan yang menyatakan hasrat sebelum ini tetapi setakat ini masih berdiam diri,” jelasnya.

Pemain muda seharusnya mencontohi Indra yang tidak pernah mengenal erti putus asa selain memiliki pengalaman yang luas.

INDRA PUTRA MAHAYUDDIN – Kuala Lumpur

– Watak penting disebalik kejayaan Kelantan merangkul Juara Treble 2013 ini memulakan karier diperingkat awal dengan Perak pada 1999 sebelum mengembangkan kariernya bersama Pahang, Selangor, T-Team, Felda United, Kelantan dan kini tetap teguh bersama Kuala Lumpur.
– Menyertai pasukan Kuala Lumpur pada awal musim lalu, beliau kemudiannya dilantik sebagai kapten pasukan membuktikan kepimpinan dimilikinya sememangnya ditagih pasukan.
– Sering diturunkan sebagai kesebelasan utama dan beraksi sehingga tamat perlawanan memberi tamparan kepada pemain muda jika dilihatkan faktor usia pemain yang memakai jersi bernombor 23 ini.
– Dijulang antara tonggak utama Kelantan sebelum ini, kemana sahaja dia meneruskan karier watak dan semangat berpasukan ditonjolkan tidak pernah mengecewakan. Siapa yang mengenalinya pastinya kenal siapa itu INDRA23.
Nama penuh :Indra Putra Mahayuddin
Umur :39 Tahun
Tarikh Lahir : 2 September 1981
Asal :Perak
Posisi :Tengah /mPenyerang
Ketinggian : 1.73 m
Pasukan semasa : Kuala Lumpur
Pasukan terdahulu :Kelantan
Karier Bolasepak : 1999 -2020 (Pasukan Negeri), 2002-2015 (Pasukan Kebangsaan)
[videopress WJ6hRg0V]

Tags

Add Comment

Click here to post a comment