Bola Sepak Semasa Terkini

Lucas Kalang Ketua Jurulatih baharu Sabah

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Verdon Bahanda turut mengucapkan penghargaan buat Kurniawan dan Sofie Iman yang membimbing Sabah musim ini.

PENGENDALI dari Sarawak yang memiliki kepakaran dalam bidang sains sukan, Lucas Kalang Laeng dilantik sebagai Ketua Jurulatih baharu Sabah bagi musim 2021.

Perkhabaran itu dinyatakan Ketua Pegawai Eksekutif Sabah FC, Datuk Verdon Bahanda melalui kenyataan media yang dimuat naik di Facebook rasmi Sabah FC, sebentar tadi.

“Setelah membuat beberapa penilaian calon bagi jawatan Ketua Jurulatih, Sabah FC dengan ini melantik Lucas Kalang Laeng yang berasal dari Sarawak untuk mengemudi Sabah FC bagi musim 2021.

“Keputusan melantik Ketua Juraltih dari Sarawak dibuat memandangkan kelebihan yang dimiliki selain daripada Lesen Pro A, jurulatih tersebut juga memiliki kepadakan dalam bidang Sains Sukan,” ujarnya.

Pada masa sama Sabah FC turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kurniawan Dwi Yulianto diatas khidmat sebagai Ketua Jurulatih bagi musim Sabah 2020 dan Jurulatih Kecergasan, Sofie Iman Faizal.

“Kedua-dua mereka tidak dilanjutkan kontrak bagi musim 2021 dan Sabah FC mengucapkan selamat maju jaya buat mereka,” tegasnya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: