
AKSI menentang Ajax Amsterdam bakal menjadi penentu kemampuan Liverpool bersaing lebih jauh kempen Liga Juara-Juara musim ini.
Kekalahan mengejut kepada Atalanta tempoh hari menimbulkan kegusaran skuad pimpinan Jurgen Klopp, adakah Liverpool mengalami penurunan prestasi.
Mengikut Kumpulan D, Ajax kini menghuni tangga kedua tetapi jika meraih kemenangan ke atas The Reds, sudah pasti menerajui carta.
Bagaimanapun, Liverpool akan turun tanpa beberapa pemain terbaik mereka seperti Virgil Van Dijk, Naby Keita, Thiago Alcantara, James Milner, Joe Gomez, Alex-Oxlade Chamberlain, Trent Alexander-Arnold dan Xherdan Shaqiri
Namun, beraksi di Anfield bukan menjadi satu masalah besar buat Liverpool. Sekiranya menewaskan Ajax, juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu akan mara ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara buat kali keempat berturut turut.
Berita baik, Jordan Henderson sudah kembali bersama pasukan dan beraksi sebagai pemain simpanan ketika menentang Brighton, hujung minggu lalu.





Add Comment