Antarabangsa Bola Sepak

Alaves malukan Real Madrid

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Alaves kejutkan Madrid di Bernabeu.

REAL Madrid seakan tidak bermaya pada perlawanan bertemu Alaves di kandang sendiri dalam aksi Liga Sepanyol, awal pagi tadi.

Los Blancos kalah 1-2 menerusi gol awal pada awal babak.

Skuad pimpinan Zinedine Zidane sudah ketinggalan di minit kelima ketika dihukum sepakan penalti.

Lucas Perez mudah menyempurnakan tugasan sebelum jaringan kedua hadir di minit ke-49 dari kaki Joselu, memanfaatkan kesilapan Thibaut Courtois.

Madrid mendapat gol saguhati hasil sumbangan Casemiro di minit ke-86.

Kehilangan tiga mata menyebabkan Los Merengues kekal di kedudukan keempat Liga Sepanyol dengan 17 mata dari 10 perlawanan.

Sementara Alaves naik ke tangga kesembilan dengan 13 mata selepas beraksi 11 perlawanan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: