Antarabangsa Bola Sepak

Cavani kena kritik


Kemasukan Cavani ubah rentak permainan The Red Devils.

DUA gol yang disumbangkan Edinson Cavani membolehkan Manchester United mengalahkan Southampton 3-2 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Namun, jaringan tersebut tetap tidak memuaskan legenda kelab, Roy Keane.

“Dia terlalu lambat untuk masuk ke padang, dengan kasutnya lagi. Sama juga dengan golnya kerana dia seperti tidak bersedia untuk bermain dan sangat membingungkan.

“Tetapi, pada akhirnya, dia menjaringkan dua gol dengan tandukan. Dia berikan sumbangan besar sebaik dimasukkan, dengan kualiti, rasa lapar serta hasratnya,” ujar Keane kepada Sky Sports.

Cavani masuk pada babak pertama untuk menggantikan Mason Greenwood. Pada saat itu, The Red Devils sedang ketinggalan dua gol setelah gawang mereka dibolosi Jan Bednarek serta James Ward-Prowse.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: