
JUERGEN Klopp melahirkan kekesalan berhubung sepakan penalti yang diperolehi Brighton & Hove Albion pada pertemuan di Amex malam tadi.
Kemenangan Liverpool musnah akibat gol penyamaan tuan rumah pada masa kecederaan dan keputusan berakhir seri 1-1.
Penalti itu diberikan pengadil setelah Andy Robertson cuba menendang bola tetapi mengenai kaki Danny Welbeck, walaupun insiden itu dalam situasi minima.
“Saya rasa keputusannya tepat,” ungkap Klopp selepas pertandingann seperti dilaporkan BT Sport.
Klopp menyaksikan dua gol Liverpool dibatalkan dan lawan diberikan dua sepakan penalti dalam keputusan seri itu.
The Reds sebelum itu mendahului menerusi gol Diogo Jota.
Bagaimanapun, skuad kendaliannya kembali menerajui Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan satu mata ke atas Tottenham.
Add Comment