Antarabangsa motorsport

Joan Mir tak sabar ‘cucuk’ Marquez

Mir tekad pertahanan gelaran MotoGP 2021.

PELUMBA Suzuki Ecstar, Joan Mir, mengakui tak sabar berjumpa dan bersaing wheel-to-wheel dengan Marc Marquez di MotoGP 2021.

Hasrat ini nyatakan Mir selepas juara dunia MotoGP 2020 di Sepanyol, baru tiba dari Portimao, Portugal.

Mir bertekad ingin mempertahankan gelaran dunianya tahun depan namun akui misi ini takkan mudah.

Apatah lagi, para pelumba lain mula meningkat dan sekembalinya Marc Marquez selepas berehat panjang.

“Gelaran tahun ini saya lebih percayakan diri sendiri. Tapi Honda dan Marc pasti bakal berkembang. Untuk membolehkan merebut gelaran lagi, kami harus terus memperbaiki diri, meraih lebih banyak petak hadapan dan kemenangan. Kami perlukan ini semua demi bertarung dengan Marc,” ujar Mir kepada Marca.

Sementara itu, Mir mendedahkan dirinya akan memakai nombor 1 untuk motornya pada 2021.

“Suzuki mahu saya pakai nombor 1. Satu keistimewaan jika memakainya. Tapi nombor 36 telah memberi saya dua gelaran. Semua terserah keputusan saya. Tapi ini masalah yang positif!” jelasnya.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: