Antarabangsa Bola Sepak

Bukan aksi sebenar The Reds

Klopp akui prestasi buruk dipamerkan Liverpool.

LIVERPOOL tewas mengejut 0-2 kepada Atalanta pada perlawanan Liga Juara-Juara di Anfield, awal pagi tadi.

Pengurusnya, Juergen Klopp mengakui penampilan buruk Liverpool dan sewajarnya mereka menerima kekalahan.

The Reds bolos pada babak kedua menerusi gol Josip Ilicic dan Robin Gosens.

“Kami bermain buruk, bahkan tak mampu menciptakan peluang yang cukup bagus.

“Itu bukan pertandingan yang bagus. Kedua-dua pasukan tidak banyak menciptakan peluang, sehinggalah mereka menjaringkan gol-gol,” ujarnya kepada BT Sport.

Kekalahan itu bagaimanapun tidak dirasai apabila Liverpool masih menerajui Kumpulan D dengan sembilan mata selepas beraksi empat perlawanan.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: