Antarabangsa Bola Sepak

Maradona meninggal dunia


Peminat memberi penghormatan terakhir kepada Maradona.

DUNIA bola sepak dunia hari ini berduka apabila kehilangan salah satu pemain terhebatnya.

Legenda Argentina, Diego Maradona, meninggal dunia malam tadi.

Berita kematian Diego Maradona disampaikan oleh media Argentina, TyC Sports.

“Berita yang tidak pernah kami ingin sampaikan. Beristirahat dengan tenang, Diego,” menurut ciapan akaun Twitter rasmi TyC Sports.

Menurut laporan TyC Sports, Maradona sudah beberapa kali dimasukkan ke hospital sejak 2015.

Sebelum itu, dia dibawa menerima rawatan Ipensa yang terletak di La Plata, Argentina, pada 2 November lalu atau tiga hari selepas hari ulang tahunnya yang ke-60.

Setelah sembuh daripada operasi pembekuan darah di otak atau biasa disebut subdural hematoma, Maradona difahamkan tinggal di sebuah rumah di Tigre, Buenos Aires.

Namun, malam tadi, Diego Maradona diberitakan meninggal dunia akibat mengalami gangguan di jantungnya.

Detik manis Maradona menjulang Piala Dunia 1986 di Mexico.

Siapa Maradona ?

Diego Maradona merupakan salah seoramg pemain terbilang yang dilahirkan oleh Argentina.

Maradona yang lahir di Lanus, Buenos Aires, memulakan karier bola sepanya bersama Argentinos Juniors pada 1976. Kemudian pada 1981, pemain kidal itu bergabung dengan salah satu kelab terkenal di negaranya, Boca Juniors.

Maradona memulakan kempen di Eropah ketika direkrut Barcelona pada 1982, di mana dia bermain selama dua musim kelab yang berpangkalan di Stadium Camp Nou tersebut.

Namun, karier Maradona tak berjalan lancar di Sepanyol. Dia kemudian berhijrah ke Italia untuk memperkuat Napoli pada 1984. Di kelab inilah Maradona meraih kejayaan luar biasa.

Napoli dibawah pimpinan Maradona meraih pelbagai gelaran utama termasuk dua scudetto Serie A, satu Coppa Italia, dan satu Piala UEFA (sekarang Liga Europa).

Tujuh musim berseragam bersama Napoli, Diego Maradona sukses mencetak 115 gol dari 259 penampilan di semua pertandingan.

Kejayaan Maradona menjulang Napoli di Itali dan Eropah membuatkan dirinya dipuja masyarakat San Paolo. Nama Diego Maradona dikatakan layak kepada dewa bagi kelab yang digelar I Partenopei tersebut.

Selepas beraksi dengan Napoli, Maradona sempat semusim kembali ke Sepanyol dengan memperkuat Sevilla. Dia pulang ke Argentina sebelum menamatkan karier pada tahun 1997 bersama Boca Juniors.

Di peringkat antarabangsa, Maradona merupakan pahlawan Argentina ketika memenangi Piala Dunia 1986 yang berlangsung di Mexico.

Meskipun tidak menjaringkan gol pada perlawanan final ketika Argentina mengalahkan Jerman Barat dengan keputusan 3-2, Maradona tampil impresif sepanjang kejohanan degan mencetak lima gol.

Salah satu momen ikonik Diego Maradona pada Piala Dunia 1986 adalah ketika mencetak gol “Tangan Tuhan” ke gawang England pada saingan suku akhiri yang berakhir dengan 2-1 untuk kemenangan Argentina.

Setelah gol yang mendapat protes dari pemain England tersebut, Maradona kemudian ‘menyihir’ penonton yang hadir di Stadion Azteca ketika dia menari-nari sendirian melepasi halangan empat pemain lawan sebelum menewaskan Peter Shilton untuk kali kedua.

Sepanjang kariernya bersama skuad kebangsaan Argentina, Diego Maradona mencetak 34 gol dari 91 penampilan.

Nama penuh: Diego Armando Maradona Franco
Tempat lahir: Lanus, Buenos Aires, Argentina
Tarikh lahir: 30 Oktober 1960
Tinggi: 165 cm
Posisi: Penyerang

Karier kelab
1976–1981 Argentinos Juniors
1981–1982 Boca Juniors
1982–1984 Barcelona
1984–1991 Napoli
1992–1993 Sevilla
1993–1994 Newell’s Old Boys
1995–1997 Boca Juniors

Karier kebangsaan
1977–1979 Argentina B20
1977–1994 Argentina

Karier jurulatih
1994 Textil Mandiyu
1995 Racing Club
2008–2010 Argentina
2011–2012 Al-Wasl
2013–2017 Deportivo Riestra (Penolong jurulatih)
2017–2018 Fujairah
2018–2019 Dorados de Sinaloa
2019–2020 Gimnasia de La Plata

Kejayaan peribadi
Boca Juniors: 1981 Metropolitano
Barcelona: Copa del Rey 1983, Copa de la Liga 1983, Supercopa de Espana 1983
Napoli: Serie A 1986-1987 dan 1989-1990


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading