Bola Sepak

Pemain bola kebangsaan jangan merokok !

Skuad Indonesia B19 digesa pertingkat tahap disiplin diri. Foto : PSSI

BUDI Sudarsono menyampaikan saranan penting kepada pemain kebangsaan Indonesia.

Menurutnya, pemain boleh ada sedikit sifat nakal, tapi harus bertanggungjawab dan siap sedia setiap kali diperlukan negara.

Bekas pemain Indonesia itu memberi komen ke atas Serdy Ephy Fano dan Yudha Febrian yang beraksi dalam pasukan Indonesia Bawah 19 Tahun.

Mereka berdua dikenakan tindakan disiplin kerana datang lambat ke sesi latihan pada 23 November lepas.

“Pada zaman saya waktu malam begini tidak ada. Istilahnya kasarnya begini, kalau kita (pemain kebangsaan) mahu merokok, jangan mengajak orang atau jangan dilihat orang. Jika kelihatan pasti akan bahaya buat dia. Kalau boleh jangan merokok, itu yang terbaik,” kata Budi Sudarsono dipetik dari detikSport.

Budi menambah, setiap pemain Indonesia harus memikul tanggungjawab sendiri.

“Sekarang bola sepak sudah berubah. Saya pernah tanya kepada pemain-pemain senior yang beritahu, mereka yakin boleh bermain lebih baik kalau tidak nakal di luar.

“Dulu ada pemain yang masih nakal sebelum bermain dan pulang pagi ke penginapan, tapi ketika bermain dia boleh mencetak gol. Kalau tak seperti itu mungkin dia boleh tampil lebih baik lagi,” katanya lagi.

Pada masa sama, Budi memberi saranan kepada PSSI agar pemain kebangsaan juga diawasi. Menurutnya, pemain muda memang masih perlu diberi arahan dan dipantau.

Dalam isu Serdy dan Yudha, mereka berdua melanggar disiplin kerana keluar hotel tanpa izin dan kemudian terlambat datang latihan.

Budi yakin mereka boleh lebih berhati-hati andai diberi pengawasan yang teliti.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: