Antarabangsa Bola Sepak

Isco angkat kaki ?

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Isco mahu cari angin baru.

FRANCISCO Roman Alarcon Suarez atau akrab disapa Isco ingin angkat kaki dari kelab Real Madrid pada jendela perpindahan pemain musim panas 2021.

Perkara ini didedahkan ejen yang juga ayahnya sendiri, Francisco Alarcon.

Kurang minit bermain dibawah skuad pimpinan Zinedine Zidane serta kembalinya Martin Odegaard antara punca Isco mengundur diri.

“Ketika ni, kami belum ada tawaran, tetapi Isco ingin bermain di liga lain. Kekal di Madrid juga tidak akan menjadi masalah kepada,” katanya kepada Cadena SER seperti dipetik dari AS.

Bersama Los Blancos, Isco baru tujuh kali beraksi di Liga Sepanyol dengan hanya tiga kali diturunkan dalam kesebelasan utama.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: