Antarabangsa Bola Sepak

Haaland pintas rekod Soldado

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Haaland (tiga,kiri) cukup menjadi di depan gawang lawan.

DISEBALIK kemenangan Borussia Dortmund 3-0 ke atas Club Brugge, rupanya-rupanya ada satu lagi rekod Liga Juara-Juara dipecahkan.

Bintang Dortmund, Erling Braut Haaland memintas rekod 19 perlawanan dipegang Ruud van Nilsterooy dan Roberto Soldado.

Menurut rakan sepasukan, Jadon Sancho, Erling merupakan pemain yang menakjubkan.

“Haaland bekerja keras di dalam dan luar padang, dia berhak mendapat segala pencapaian ini.

“Saya gembira dapat membuat umpanan untuk gol pembukaannya kerana dia amat tajam,” katanya dipetik AFP.

Pada perlawanan di Jerman itu, Haaland, 20 menjaringkan dua gol, menjadikannya pemain pertama meledak 15 gol dalam 12 perlawanan.

Ia merupakan jumlah penampilan paling kurang berbanding pemain-pemain lain dalam sejarah kejohanan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: