Antarabangsa Permotoran

Hamilton dapat gelaran ‘Sir’


Hamilton (kiri) harumkan nama England menerusi sukan Formula 1.

JUARA dunia Formula 1 ( F1) 2020, Lewis Hamilton akan menerima gelaran penghormatan daripada Ratu Elizabeth II.

Gelaran penghormatan yang dimaksudkan adalah gelaran Kesatria daripada kerajaan Inggeris.

Seseorang yang mendapat gelaran daripada Ratu Elizabeth adalah mereka yang mampu memberikan prestasi yang besar untuk negaranya.

Pelumba berusia 35 tahun itu berhak untuk dipanggil dengan gelaran Sir Lewis Hamilton, mengikuti jejak Sir Andy Murray yang menerima penghargaan sama empat tahun lalu.

Hamilton merupakan atlet asal Inggeris yang menerajui perlumbaan Formula 1.

Untuk rekod, Hamilton telah meraih tujuh gelaran juara dunia F1 iaitu pada 2008, 2014, 2015, 2017, 2018, 2019 dan 2020.

Pencapaian ini membolehkan Lewis Hamilton menyamai rekod legenda F1, Michael Schumacher, yang merangkul juara dunia tujuh kali.

Hasil pencapaian tersebut nama Hamilton termasuk dalam senarai penghargaan Ratu Elizabeth II pada perayaan tahun baru 2021 nanti, sebagaimana dilapor dari The Times.

Maka selepas ini, Hamilton secara rasmi akan bergelar Sir Lewis Hamilton.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading