Bola Sepak Semasa Terkini

Maniam bimbing The Phoenix ?

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pengalaman P Maniam dalam saingan Liga Malaysia tidak perlu dipersoalkan dan dilihat antara jurulatih yang sentiasa dahagakan kejayaan.

BEKAS pengendali Selangor, P. Maniam dikhabarkan membimbing Petaling Jaya City (PJ City) untuk saingan musim depan bagi menggantikan posisi yang telah ditinggalkan oleh K. Devan.

Kontrak Devan bersama skuad The Phoenix yang berakhir pada penghujung musim ini tidak disambung kerana difahamkan pihak pengurusan mahu mencuba sentuhan baharu selepas pengendali berpengalaman itu berkhidmat sejak 2017.

Maniam yang sebelum ini ditugaskan selaku ketua jurulatih skuad bawah 15 tahun (B15) kebangsaan juga memiliki  lesen Pro ‘A’ Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bakal membuat kemunculan semula dalam kancah Liga M selepas kali terakhir membimbing skuad Gergasi Merah pada tahun 2018.

PJ City di bawah kendalian Devan telah menunjukkan peningkatan pada saingan Liga Super musim lalu selepas menduduki tempat ketujuh
sekali gus membantu pasukan mengelak daripada tersingkir ke kancah Liga Premier.

Malah, Devan sebelum ini turut memberi bayangan bahawa dia tidak akan bersama dengan pasukan musim depan selepas aksi kalah mati Piala Malaysia ketika tewas 0-1 kepada Terengganu FC awal bulan ini.

Bekas pengendali pasukan Felda United itu telah dikaitkan untuk kembali membimbing bekas kelabnya di Liga Premier, Negeri Sembilan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: