motorsport Semasa

Sumbangan peribadi KBS

BANTUAN kewangan RM52,000 yang diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kepada Kasma Daniel Kasmayudin adalah sumbangan peribadi kementerian kepada pelumba itu untuk menampung tiket penerbangan dan kos penginapan bagi menyertai Kejuaraan Dunia Moto2 musim ini.

Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) dalam kenyataan memaklumkan badan induk itu tidak pernah mencampuri urusan melibatkan pelumba berusia 20 tahun itu dengan pasukannya, OneXOX TKKR SAG Team yang bersaing dalam Kejuaraan Dunia Moto2.

Badan induk itu menegaskan mereka telah menerima surat kelulusan berhubung bantuan berkenaan, yang bukan merupakan satu bentuk penajaan dan ia telah dimaklumkan kepada Kasma Daniel serta ayahnya.

“Mengikut surat kelulusan dari KBS, pihak MAM hanya perlu memaklumkan kepada Kasma Daniel sebagai penerima dana itu dan tidak diwajibkan untuk memberitahu mana-mana pihak ketiga,” jelas MAM menjawab persoalan dibangkitkan pasukan penaja pelumba itu.

Pasukan OneXOX TKKR SAG Team menerusi hantaran dalam laman Facebooknya semalam mendedahkan pasukan berkenaan tidak dimaklumkan berhubung bantuan penajaan itu.

Mengulas lanjut, MAM mendedahkan Kasma Daniel serta ayahnya telah membuat permohonan rasmi kepada KBS bagi mendapatkan bantuan kewangan untuk menampung tiket penerbangan serta kos penginapan untuk menyertai saingan Moto2 pada awal tahun ini.–Bernama —

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: