Pelbagai Semasa Uncategorized

100PLUS, MSN jalin kerjasama 5 tahun lagi


MAJLIS Sukan Negara (MSN) dan 100PLUS, minuman isotonik nombor satu di Malaysia, bersetuju menyambung jalinan kerjasama untuk tempoh lima tahun lagi. Kontrak usahasama berkenaan bermula tahun ini sehingga 2024.

Menerusi penajaan besar berbentuk tunai dan barangan itu, 100PLUS akan dinamakan sebagai Penaja Isotonik Rasmi MSN yang eksklusif.

Di bawah penajaan berkenaan, atlet yang bernaung di bawah MSN akan menerima manfaat menerusi minuman 100PLUS.

“Atlet negara kita sememangnya amat komited dan gigih menjalani latihan untuk tempoh masa yang panjang bagi meningkatkan kemampuan dan tahap mereka. Semasa pertandingan, atlet berusaha sehabis mungkin untuk memburu kejayaan. 100PLUS merupakan minuman isotonik paling sesuai untuk membantu mereka menghidrasi dan memulih semula tahap kecergasan mereka,” kata Engku Isyamuddin Tuan Losin, Pengurus Penajaan dan Pengaktifan F&N selepas majlis penyampaian penajaan kepada Menteri Belia dan Sukan Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican baru-baru ini.

Beliau juga menekankan kepentingan program remaja MSN untuk pembangunan dan perkembangan jangka panjang atlet kebangsaan.

“100PLUS sentiasa memberikan sokongan terhadap usaha pembangunan terutamanya di peringkat akar umbi dan juga atlet kebangsaan menerusi kerjasama MSN dan KBS.

“MSN telah berusaha bersungguh-sungguh untuk melahirkan atlet bertaraf dunia dan antarabangsa dan sehubungan itu, kami memutuskan untuk terus menyokong usaha MSN. Kami berharap usahasama ini akan diteruskan untuk tahun-tahun mendatang,” katanya.

 

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: