Bola Sepak

UiTM FC sasar layak saingan AFC


Pemain dan jurulatih yang bakal menggalas cabaran UiTM FC pada saingan 2021.

SELEPAS berjaya mengekalkan Frank Bernhardt untuk satu musim lagi, UiTM FC kini tampak yakin dan memberi fokus kepada saingan Liga Super 2021.

Misi terbesar mereka adalah dapat kekal bersaing dalam liga elit negara dan layak ke saingan AFC.

Itu laungan disuarakan oleh Presiden UiTM FC, Prof Dr Azizan Abdullah pada sidang media di majlis menandatangani kontrak antara UiTM FC dan jurulatih serta pemain di Shah Alam, hari ini.

Sebagai persiapan menghadapi Liga Malaysia pada musim hadapan, skuad The Lion Troops turut menyambung kontrak perkhidmatan sembilan pemain tempatan pasukan berkenaan.

Antara pemain itu adalah Azfar Arif, Azam Jais, Muhamad Afif Asyraf, Ahmad Khuzaimi Piee, Muhamad Nazshran Elias, Mohd Shafiq Alhafiz, Muhamad Nazirul Hasfh.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading