Bola Sepak Semasa

Lee Tuck, Terengganu berpisah

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Jodoh Lee Tuck dan Terengganu FC berakhir musim ini. FOTO: FB LEE TUCK

BINTANG import Terengganu FC (TFC), Lee Tuck mengucapkan selamat tinggal buat pasukan kesayangan itu.

Menurut laman Facebook Lee Tuck petang tadi, jodohnya bersama TFC berakhir apabila dia tiada dalam perancangan pasukan itu untuk tahun depan.

Antara isi kandungan hantaran itu, dia memberitahu masih sayangkan pasukan dan negeri itu.

“Saya sedih mengatakan perjalanan bersama pasukan berakhir. Sayangnya saya akan berpisah dengan TFC. Mereka mahu mencuba sesuatu yang baru untuk pasukan bergerak maju yang bermaksud saya tiada dalam perancangan (Terengganu) untuk musim depan.

“Saya bersyukur untuk masa yang saya ada di sini dan saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan pada masa hadapan,” ujarnya.

Dalam kesempatan ini juga, Lee Tuck ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang pernah dia bekerjasama dalam pengurusan, kakitangan, pemain, jurulatih pada masa lalu dan sekarang serta semua orang di belakang tabir membantu kelab dan dirinya.

“Ini adalah keluarga terdekat yang bekerjasama dan saya bangga dapat bekerjasama dengan anda semua dengan tujuan untuk menjadikan kelab yang hebat ini lebih baik.

“Akhir kata saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat dan rakyat Terengganu. Anda telah menyambut saya sejak hari pertama dan membantu saya menjadikan Terengganu sebagai rumah bagi saya dan keluarga.

“Saya suka setiap minit bermain di sini dan saya memberikan yang terbaik untuk anda,” katanya lagi.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: