Bola Sepak Terkini

Amin Nazari mahu Penyu menangis

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Amin Nazari mahu bantu kemenangan Kedah FA malam ini. Foto : FA Kedah

PEMAIN tengah pasukan Kedah FA, Amin Nazari Lazarte mahu membuatkan sang Penyu menangis malam ini.

Jelas Amin Nazari, dia memahami peranan pemain ke-12 yang cukup besar pada malam ini.

“Saya jalankan tugas saya sebagai barisan hadapan. Anda penyokong hijau kuning tulang belakang saya untuk menumpaskan lawan.

“Saya dapat merasakan aura penyokong hijau kuning memanggil-manggil nama saya. Ia memberi ‘goosebump‘ seterusnya melonjak semangat saya untuk menentang Lee Tuck malam ini,” katanya menerusi Facebook rasmi FA Kedah.

Menurutnya lagi, jaringan beliau pada malam ini amat bermakna dan bakal membawa skuad hijau kuning ke peringkat seterusnya.

Sesi undian akan bermula pada pukul 9 malam ini. Setiap pusingan akan berlangsung selama 20 minit di laman Facebook rasmi kedua-dua pasukan.

Undian akan diambil kira secara keseluruhan iaitu undian di laman facebook rasmi Kedah dicampur dengan undian di laman facebook rasmi Terengganu FC bagi menentukan pemenang setiap pusingan.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: