Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Penampilan pertama Safawi pagi esok

Safawi dijangka tersenarai pada perlawanan pusingan ketiga Piala Portugal awal pagi esok.

HASRAT penyokong Malaysia melihat kelibat tonggak utama Harimau Malaya, Safawi Rasid diturunkan bakal menjadi kenyataan apabila  dia dijangka disenaraikan kali kedua pada aksi menentang UD Leiria pada aksi pusingan ketiga Piala Portugal awal pagi esok.

Jelas Safawi , kemungkinan dia disenaraikan pada perlawanan hujung minggu ini seterusnya berpeluang bermain untuk pasukannya.

“Jika tiada halangan kemungkinan perlawanan hujung minggu ini saya berpeluang untuk bermain sebagai pemain gantian.

“Namun, perkara itu terserah kepada barisan jurulatih dan ketika ini saya giat menjalani latihan untuk perlawanan berkenaan,” katanya.

Difahamkan perlawanan Piala Portugal itu sering dijadikan sebagai medan kepada Portimonense menguji pemain baharu dan muda dalam pasukan seterusnya memantau pencapaian mereka setakat ini.

Sebelum ini, peminat bola sepak negara mula menyuarakan kebimbangan di atas karier Safawi Rasid yang mungkin terkubur awal sekiranya masih kekal di Liga Portugal.

Kebimbangan itu diluahkan peminat di laman Facebook rasmi kelabnya, Portimonense SC yang tewas 3-1 kepada FC Porto di mana Safawi hanya sekadar memanaskan bangku simpanan.

Kegagalan meraih minit permainan bersama skuad utama sejak tiba di kelab itu pada 4 Oktober lalu, nyata menghadirkan kegelisahan di kalangan peminat yang setia mengikuti perkembangan Safawi.

Hal ini bermakna, kali keempat bintang Harimau Malaya itu tidak dapat beraksi selepas diketepikan pada aksi menentang Maritimo pada 17 Oktober lalu diikuti perlawanan bertemu Tondela dan Santa Clara minggu lalu.

Begitupun, kekurangan minit aksi itu ditampung bersama skuad bawah 23 (B-23) Portimonense SC apabila dia beraksi selama 56 minit sebelum ditukarkan namun ia dilihat masih tidak memadai buat pemain yang meraih pelbagai pengiktirafan di peringkat Asia itu.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: