Bola Sepak Semasa Terkini

Harimau Malaya kembali berlatih Mac tahun depan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Cheng Hoe dijangka mengumpulkan skuadnya Mac tahun depan.

 

PENGENDALI Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menjangkakan skuad bimbingannya hanya turun menjalani latihan paling awal Mac tahun depan bagi menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 pada tahun depan.

Jelasnya, situasi berkenaan sebenarnya meresahkannya  apabila dijangka dapat mengumpul semua pemainnya untuk merangka strategi menghadapi perlawanan terbabit.

Ketika ini tiada apa yang mampu dilakukan berikutan kekangan akibat penularan pandemik Covid-19 sekali gus menghalang untuk mengadakan sesi latihan dalam waktu terdekat ini.

“Jika dilihat pada waktu ini, sesi latihan tidak boleh dilaksanakan sehingga perintah kawalan pergerakan bersayarat (PKPB) tamat.

“Pada Januari tahun depan pula, kelab sudah tentu mahu mengadakan sesi latihan sebelum menjelang sepak mula saingan Liga Malaysia nanti.

“Jadinya, kita mungkin boleh mengumpul pemain Harimau Malaya pada Mac tahun depan dan sememangnya situasi terbabit membimbangkan saya dalam menyediakan barisan pemain terbaik,” ujar Cheng Hoe.

Sebelum itu, perlawanan antarabangsa pusingan kedua kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan Piala Asia China 2023 ditunda ke tahun depan.

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dalam satu kenyataan sebelum ini berkata ia sebagai langkah pencegahan Covid-19 yang menular di seluruh dunia.

Perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA Qatar 2022 dan Piala Asia AFC China 2023, yang pada awalnya bakal berlangsung ketika jadual antarabangsa pada Oktober dan November 2020, ditunda ke 2021.

Mengikut rekod, Harimau Malaya sepatutnya mengharungi aksi timbal balik pusingan kedua, Kumpulan G dengan bertandang ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 8 Oktober lalu sebelum menyambut Vietnam, lima hari kemudian disusuli aksi bertemu Thailand (17 November).


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: