Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Luqman kembali berlatih

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Luqman mula menjalani latihan bersama rakan sepasukan. (Foto : FB KV Kortrijk)

PENYERANG muda negara, Luqman Hakim Shamsudin kembali menyertai latihan bersama pasukan selepas mengalami kecederaan hamstring, awal bulan lalu.

Menerusi akaun Instagram milik KV Kortrijk, pemain berusia 18 tahun dilihat sedang menjalani proses pemulihan sebelum dapat pulih sepenuhnya untuk beraksi bersama skuad utama.

“Saya sudah berada bersama skuad untuk proses pemulihan bagi kecederaan yang dialami sebelum ini. Saya harap saya dapat kembali secepat mungkin,” katanya.

Sebelum ini, pemain itu terpaksa berehat sekurang kurangnya tiga minggu susulan mengalami koyakan di paha selepas mengalami kecederaan terbabit ketika menjalani sesi latihan bersama KV Kortrijk.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: