Antarabangsa Bola Sepak

Koulibaly jadi pilihan The Reds

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Koulibaly sedia dijual jika Liverpool setuju tanda harga ditetapkan Napoli.

 

KEM Liverpool mendapat khabar baik apabila kelab Itali, Napoli menawarkan Kalidou Koulibaly untuk dilepaskan ke Anfield.

Liverpool ketika ini sedang mengalami krisis di bahagian pertahanan mereka. Empat pemain pertahanan utama mereka tersisih lama akibat mengalami kecederaan.

Sportwitness mendedahkan Koulibaly memang sudah lama menjadi pemain yang diburu Liverpool.

Dia miliki reputasi yang sangat bagus di Itali dan amat konsisten menjadi bek terbaik Serie A dalam lima tahun terakhir.

Ia juga menjadi pilihan terbaik Jurgen Klopp sebagai calon pengganti yang bagus untuk Virgil van Dijk yang bakal berehat lama.

Namun, Napoli sedia mahu melepaskan Koulibaly sekiranya Liverpool berani membayar sebesar 60 juta Euro untuk khidmatnya.

Liverpool juga tengah mencari beberapa alternatif lain bagi posisi pertahanan tengah.

Difahamkan, James Tarkowski dan Dayot Upamecano juga diinginkan The Reds.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: