Bola Sepak Semasa Terkini

Tempoh masa yang sesuai

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Zainal melihat tempoh diberikan MFL sebelum sepak mula pada 27 Februari nanti mencukupi.

Beberapa pengendali Liga Malaysia berpuas hati selain menganggap tempoh persiapan selama tiga bulan yang diberikan oleh Liga Bola Sepak Malaysia  (MFL) sebagai bersesuaian sebelum menghadapi musim 2021.

Ketua jurulatih Melaka, Zainal Abidin Hassan berasakan setiap pasukan mempunyai tempoh mencukupi termasuk mendaftarkan pemain baharu serta latihan pada permulaan latihan pra-musim dan perlawanan persahabatan.

Walaupun begitu, beliau memahami semuanya bergantung kepada situasi penularan pandemik COVID-19 di negara ini yang akan berikan kesan secara langsung kepada kelancaran perjalanan Liga Malaysia.

“ Saya rasa dengan situasi semasa, tempoh yang diberikan oleh MFL sebelum sepak mula pada 27 Februari nanti sebagai mencukupi dan kami juga sempat adakan perlawanan persahabatan.

“ Malah, kami juga sudah boleh daftarkan pemain bermula minggu ini (21 November) dan situasi berkenaan memudahkan kami untuk melakukan perancangan menyusun pemain.

“ Cuma seperti semua pihak, hanya peningkatan kes COVID-19 ini sahaja berikan kebimbangan kerana boleh buatkan segala dirancang tidak menjadi kenyataan dan kita harap tahun depan, segalanya berjalan sempurna, ” katanya.

Pada Rabu, MFL mengumumkan tarikh-tarikh bagi kalendar Liga Malaysia musim 2021 dengan aksi perlawanan Piala Sultan Haji Ahmad Shah yang menemukan juara CIMB Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan naib juara liga, Kedah pada 26 Februari 2021 sebagai aksi pembuka tirai.

Perlawanan-perlawanan domestik seperti CIMB Liga Super dan Liga Premier bermula pada 27 dan 28 Februari 2021 dan bakal berakhir pada 20 dan 21 Ogos 2021 manakala kejohanan Piala FA bakal berlangsung pada 2 dan 3 Mac 2021 sehingga aksi final pada 11 September 2021.

Kejohanan TM Piala Malaysia akan bermula 17 dan 18 September 2021 sehingga 27 November 2021 manakala kejohanan Challenge Cup akan berlangsung pada 3 dan 4 September 2021 sehingga final pertama pada 6 atau 7 November 2021 diikuti final kedua pada 13 atau 14 November 2021.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: