Bola Sepak Semasa Terkini

Eki masih sayangkan Perak

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Eki antara penyerang tempatan yang mencuri tumpuan dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

PENYERANG Perak, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi mengakui masih sayangkan skuad The Bos Gaurus di sebalik tawaran yang diterimanya  daripada beberapa pasukan Liga Super lain termasuk Selangor untuk musim depan.

Pemain berusia 26 tahun dan juga penyerang skuad kebangsaan itu berkata bagaimanapun beliau masih ada masa untuk membuat keputusan sama ada kekal bersama skuad tersebut atau berhijrah memandangkan kontraknya bersama Perak hanya tamat pada 31 Dis ini.

“Tipulah kalau kata tidak sayang Perak. Dua tahun beraksi bersama pasukan dan rakan-rakan. Memang banyaklah kenangan manis sepanjang tempoh itu,” katanya.

Semalam, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Datuk Adly Shah Ahmad Tah dilaporkan berkata persatuan itu tidak akan memaksa mana-mana pemain yang bakal tamat kontrak pada musim ini kekal bersama Perak, selepas media melaporkan bintang utama pasukan bakal memilih haluan berbeza.

Antara nama pemain skuad itu yang dikaitkan bakal berhijrah ialah Muhammad Shahrel yang dikhabarkan dilamar skuad The Red Giants.

Menurut Muhammad Shahrel Fikri, pihak pengurusan Perak telah mengadakan pertemuan dengannya bulan lepas, namun pemain yang mesra dengan panggilan ‘Eki’ itu enggan mengulas lanjut isu yang dibincangkan.-Bernama–


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: