Antarabangsa Motorsport

Dovizioso kejar posisi No 2

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

ANDREA Dovizioso mengakui peluangnya untuk bergelar juara dunia MotoGP 2020 hampir tertutup.

Oleh itu, Dovizioso akan berusaha mengejar posisi kedua atau ketiga keseluruhan.

Joan Mir keluar sebagai pemenang musim ini apabila pelumba Suzuki itu semakin mantap di kedudukan teratas dan kian menghampiri gelaran juara dunia.

MotoGP 2020 kini tinggal baki dua pusingan dan perlumbaan berikutnya akan diadakan di Ricardo Tormo, hujung minggu ini.

“Hasil yang kami dapat di GP pertama di Valencia jelas tidak selari dengan jangkaan kami, tapi minggu lalu kami boleh memahami beberapa aspek penting.

“Akan menggembirkan hati jika saya mengakhiri kejuaraan sekurang-kurangnya di posisi kedua atau ketiga,” ujar Dovizioso yang bersama pasukan Ducati seperti dilaporkan GPOne.

Dovizioso ketika ini berada pada kedudukan keenam pelumba MotoGP dengan 117 mata.

Dia hanya ketinggalan lapan mata di belakang Fabio Quartararo dan Alex Rins yang masing-masing pada kelompok Kedua dan ketiga.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: