Antarabangsa Bola Sepak

Neymar bakal disaman ?

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

    Barcelona kini memburu Neymar bagi menjelaskan cukai.

GEMPAR seketika apabila pemain Paris Saint-Germain (PSG), Neymar bakal berdepan hukuman saman daripada bekas majikannya iaitu Barcelona.

Kelab asal Blaugrana itu dikatakan mahu
menyaman Neymar sebanyak 10.2 juta Euro (RM49.6 juta).

Puncanya, Barcelona merasakan bekas pemainnya itu dibayar berlebihan ketika bersama mereka sebelum ini.

Menurut laporan El Mundo, pejabat cukai di Sepanyol membuat pengiraan dan mendapati Neymar mendapatkan keuntungan daripada keadaan itu.

Menurut dokumen rasmi dikeluarkan pada September lepas, Neymar gagal membayar lebih banyak cukai kepada pihak berkuasa Sepanyol berbanding orang lain, dengan hutang 34.6 juta Euro (RM168.4 juta).

Neymar beraksi dengan Barca pada tahun 2013 hingga 2017 sebelum berpindah ke PSG bayaran 222 juta Euro (RM1.08 bilion) yang juga rekod dunia.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: