Antarabangsa

Doha 2030 janjikan ‘sukan ajaib’


JAWATANKUASA Bidaan Sukan Asia Doha 2030 hari ini menyampaikan hasratnya kepada Jawatankuasa Penilaian OCA mengenai cara penganjuran sukan, kemajuan lestari, sukan untuk kehidupan dan kepelbagaian yang damai, yang mencerminkan daya tahan, kekuatan dan cita-cita Asia, OCA dan Qatar.

Pengerusi Doha 2030, Tuan Yang Terutama Sheikh Joaan Bin Hamad Bin Khalifa Al-Thani mengalu-alukan Jawatankuasa Penilaian kepada Doha dan berkata:

“Menjadi satu penghormatan untuk kami menyambut Jawatankuasa Penilaian OCA ke Doha. Sebagai orang sukan, pasukan saya tidak sabar untuk menerangkan rancangan kami mengenai Qatar.

“Sama pentingnya, mengapa ini sangat penting bagi Asia. Apa maksudnya dan bagaimana ia akan memberikan manfaat untuk seluruh benua kita seperti yang belum pernah kita lihat sebelumnya.

“Sekiranya kami dianugerahkan sebagai tuan rumah Sukan Asia, saya dapat memberi jaminan bahawa kami akan mempamerkan ‘sukan ajaib.”

Rombongan itu kemudian dibawa ke Qatar Foundation, beberapa institusi pendidikan terkemuka di dunia dan pusat serantau untuk inovasi, keusahawanan dan memupuk pembangunan sosial.

Hadir sama, Yang Mulia Sheikha Moza binti Nasser, Ketua Yayasan Qatar, dan Yang Mulia Sheikha Hind binti Hamad Al Thani, Naib Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Qatar Foundation (QF) serta Ketua Pegawai Eksekutif Doha 2030 H.E Jassim Bin Rashid Al Buenain.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading