Bola Sepak Semasa Terkini

JDT hormati keputusan MKN

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

KELAB Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah dimaklumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) mereka tidak diberikan kebenaran untuk terbang ke Doha, Qatar untuk saingan Liga Juara-Juara AFC 2020 (ACL).

Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak JDT, Alistair Edwards akui sangat kecewa tidak dapat mengambil bahagian dalam kejohanan tertinggi kelab peringkat Asia dan juga Piala Malaysia.

“Kami menghormati keputusan Kerajaan Malaysia dan memahami tindakan atas faktor keselamatan ini terpaksa diambil disebabkan oleh peningkatan kes pandemik Covid-19.

“Keselamatan setiap orang termasuk skuad JDT yang bakal ke Doha adalah satu keutamaan. Kami berdoa dan berharap agar dunia dapat mengatasi pandemik ini sebelum bermulanya musim 2021” katanya dipetik menerusi Facebook Johor Southern Tigers.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: