Bola Sepak Semasa Terkini

MKN tolak rayuan MFL

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Ismail Sabri memaklumkan mesyuarat membuat keputusan untuk tidak membenarkan pertandingan ini diteruskan dan ditangguhkan.

MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) tetap dengan keputusannya sebelum ini yang menangguhkan baki saingan Piala Malaysia 2020 walaupun mendapat rayuan dari Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) agar diteruskan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, MKN sudah mendengar rayuan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) supaya Piala Malaysia dapat diteruskan.

“Namun selepas berbincang, kita dapati bahawa bahaya jangkitan ini bukan sahaja berlaku di tengah padang. Kesannya kita fikir agak besar jadi atas tanggungjawab kerajaan untuk menjaga kesihatan rakyat, mesyuarat membuat keputusan untuk tidak membenarkan pertandingan ini diteruskan dan ditangguhkan.

“Saya difahamkan banyak lagi kejohanan yang dibatalkan contohnya bola keranjang dan Sukan Malaysia (SUKMA). Semua pertandingan dibatalkan, jadi kita perlu konsisten dalam membuat keputusan,” katanya pada sidang media, sebentar tadi.

Semalam badan pengendali liga itu mengemukakan rayuan kepada MKN agar dapat mempertimbangkan semula keputusan menangguhkan saingan kejohanan tertua itu.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan berharap MKN akan mempertimbangkan rayuan MFL untuk meneruskan aksi Piala Malaysia yang memasuki peringkat suku akhir dengan mengikut perancangan khas serta prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk mengadakan perlawanan secara berpusat.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: