Bola Sepak Semasa Terkini

“Sampai akhir hayat dia tetap berusaha”

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Siti Mariam memaklumkan harapan suaminya untuk menikmati ganjaran itu tidak kesampaian sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhirnya pada Mei tahun lalu.

 

ISTERI kepada pemain Selangor, Siti Mariam Sathawee memaklumkan Allahyarham suaminya, Anuar Abu Bakar sentiasa bercerita mengenai impian serta harapannya ingin merasai janji pemberian sebidang tanah kepada skuad Selangor 1995 selepas mereka selepas menjuarai Piala Malaysia pada tahun itu.

Ujarnya, semasa hayat dikandung badan terutamanya ketika suaminya itu mendapatkan rawatan di hospital,  Allahyarham  sememangnya mengharapkan ganjaran tersebut dapat dirasai bersama rakan sepasukan dan pengurusan.

“Allahyarham menjadi individu pertama yang mengetengahkan tuntutan terbabit namun sayangnya, harapan Anuar untuk menikmati ganjaran itu tidak kesampaian sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhirnya pada Mei tahun lalu.

“Arwah memang selalu bercakap mengenai perkara ini. Setiap kali kami berborak mengenai bola sepak, kadang kadang dia akan bertanya ‘entah dapat atau tidak tanah ini’ tetapi saya katakan kepadanya Insya-Allah kalau ada rezeki, mungkin ada orang akan tolong kita.

“Memang impian arwah adalah untuk melihat perkara ini diselesaikan. Mungkin (ganjaran) ini untuk anak-anak ataupun setidak tidaknya, adalah sesuatu yang boleh dikenangkan sebagai anugerah dan tanda penghargaan kepada kita.

“Alhamdulliah usaha ini tetap diteruskan oleh sahabat juang arwah dan saya berterima kasih kerana mereka tidak pernah lupakan arwah. Jadi saya berharap pihak terbabit atau sesiapa sahaja yang prihatin dengan nasib kami, bolehlah membantu kami,” katanya ketika pada sidang media, hari ini.

Untuk rekod pada tanggal 11 November 1995, pasukan Selangor berjaya menjulang Piala Malaysia kali ke-28 dengan membenam Pahang 1-0 dan kejayaan tersebut berjaya menamatkan penantian selama sembilan tahun untuk menjuarai piala keagungan bola sepak negara.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: