Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Walker dicop bodoh

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tindakan Walker pada awal permainan separuh masa pertama membolehkan Liverpool dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Mohamed Salah.

KYLE Walker terpaksa menahan malu apabila dikritik keras oleh Roy Keane berikutan penampilan kasarnya ketika beraksi untuk Manchester City di Etihad.

Tonggak pertahanan The Citizens itu disebut Keane sebagai pemain bodoh

Walker turun dalam kesebelasan utama Manchester City pada perlawanan yang berakhir seri 1-1.

Pada minit ke-13, dia membuat kesalahan yang merugikan pasukannya.

Walker menerjah Sadio Mane dalam kotak penalti, sehingga membuatkan penyerang Liverpool itu terjatuh.

Pengadil meniupkan wisel sepakan penalti dan Mohamed Salah berjaya menjalankan tugasnya sebelum City membalas melalui gol Gabriel Jesus di minit ke-31.

“Dia seorang yang bodoh. Kyle Walker, orang cakap dia pemain yang bagus, tapi bagi saya tidak.

“Lelaki 30 tahun ini, adalah level pemain antarabangsa, dia seperti penghancur kenderaan. Dia terus-terusan melakukan kesalahan seperti itu. Dia perlu dihukum,” Roy Keane memberikan pendapatnya tentang Kyle Walker kepada Sky Sports.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: