Gaya Hidup Semasa

Jom serta larian maya Coway Run 2020

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Nana Al Haleq berpendapat gaya hidup aktif ialah untuk menikmati keseronokan.

 

SUATU masa dahulu, panggilan video dan mesyuarat maya merupakan kelaziman di bilik mesyuarat atau dewan kuliah sahaja, kini telahpun menjadi satu kebiasaan di dalam hampir setiap rumah.

Tahun ini, panggilan video telah menjadi alat komunikasi yang penting untuk orang dewasa dan pelajar yang bekerja dan belajar dari rumah, dan juga untuk kekal berhubungan dengan orang tersayang biarpun jauh atau dekat.

Mereka sememangnya (secara maya) melakukan segala-galanya bersama. Malah maraton dan larian ria juga dilangsungkan secara maya!

Larian telah menjadi aktiviti ria yang tidak memerlukan pengalaman terlebih dahulu.

Dengan maraton dan larian ria diadakan secara maya, ia memberi lebih banyak peluang kepada individu daripada pelbagai latar belakang untuk turut serta.

Dengan begitu ramai rakyat Malaysia menjalani gaya hidup tidak aktif sejak terpaksa berada di rumah hampir sepanjang tahun 2020, penyelesaian mudah kepada keadaan ini ialah untuk berlari.

Ini tentunya berita baik dalam kalangan masyarakat yang ingin meningkatkan usaha mereka dalam menambahbaik tahap kecergasan secara keseluruhan terutama dengan ancaman kes-kes kegemukan atau obesiti yang semakin meningkat.

Ramai orang mula berlari atas pelbagai sebab dan motivasi berbeza.

Edan Syah, atlet maraton 2016 terpantas di Malaysia mendapat inspirasi beliau untuk berlari melalui ibunya .

 

Bagi Edan Syah, atlet maraton 2016 terpantas di Malaysia, inspirasi beliau untuk berlari adalah ibunya yang meninggal dunia pada 2009, pada usia 54, setelah menderita kanser selama dua tahun.

“Ia merupakan peringatan kepada saya. Semuanya berlaku sebegitu pantas dan menyebabkan saya insaf betapa hidup ini begitu singkat, dan saya perlu menjalani kehidupan yang lebih bermakna.

“Saya terkejut kerana berjaya menamatkan larian itu di dalam masa 3 jam 7 minit, dan ketika itulah saya menyedari potensi saya sebagai pelari,” kata Edan yang memutuskan untuk mula berlatih setahun kemudiannya bagi maraton penuh (hampir 42.2km) di Singapura pada Disember 2011.

Bagi jurulatih kecergasan Malaysia, motivasi Nana Al Haleq adalah supaya sentiasa bergerak dan memastikan beliau boleh berfungsi dan melaksanakan tugasan hariannya pada tahap optimum.

“Saya berharap untuk dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang saya suka sehingga saya tua dan berkedut!” ujarnya.

Impian Nana ialah beliau masih mampu mengangkat berat, menikmati riadah di taman, atau meneroka pemandangan indah, pada usia 80 tahun.

“Apa sahaja aktiviti atau sukan yang anda libatkan diri, pastikan ia menyeronokkan kerana gaya hidup aktif ialah untuk menikmati keseronokan,” kata Nana, yang larian maya pertama bakal disertainya ialah Coway Run 2020: Change the Game yang berlangsung dari 1-29 November 2020.

“Saya pasti ia akan menjadi pengalaman menyeronokkan kerana saya boleh menamatkan larian mengikut masa saya sendiri walaupun perlu melakukan beberapa tugasan dari rumah,” ujarnya sambil menambah kata bahawa elemen permainan di dalam Coway Run ini menyuntik faktor keseronokan di dalam program selama sebulan itu yang membolehkan pelari menghabiskan larian walaupun di rumah sahaja.

Elemen permainan ini membolehkan pelari mengumpul lencana pencapaian bila mencapai empat kejayaan besar (bertahap) sepanjang larian iaitu Tahap 1 (3km), Tahap 2 (10km), Tahap 3 (30km) dan Tahap 4 (40km). Untuk keseronokan sepanjang bulan, Coway Run 2020 menyediakan peraduan mingguan bagi pelari untuk memenangi hadiah menarik.

“Mengadakan larian berdasarkan permainan 8-bit dan keupayaan meraih ganjaran sepanjang larian, menjadikan ia unik dan menyeronokkan,” tambah Nana.

Larian maya, seperti maraton konvensional selama ini, sentiasa mengaitkan dengan tujuan kebajikan yang mulia.

Coway Run 2020: Change the Game ini meneruskan komitmennya untuk mengenengahkan Happy Water Project, yang bermatlamat untuk membekalkan air minuman bersih dan menggalakkan amalan kebersihan diri kepada 1,000 keluarga Orang Asli sebagai sebahagian daripada matlamat 5 tahun Coway. Sebanyak RM10 dari setiap pendaftaran Coway Run akan disalurkan kepada inisiatif ini.

Bagi Edan yang pernah menyertai sebilangan larian maya, keupayaan menyokong Happy Water Project adalah pemangkin kepadanya untuk turut serta di dalam Coway Run 2020. Nana turut menyatakan sentimen yang serupa.

Jikalau anda mencari permulaan yang baik sebagai azam Tahun Baharu anda untuk menjadi sihat, mulakan dengan sekilometer (atau kurang) sehari bulan ini dengan Coway Run 2020.

Untuk menyertai larian ini, sila daftar di: http://www.eventbrite.sg/e/coway-run-2020-change-the-game-virtual-run-tickets-117600069975. Untuk maklumat tambahan mengenai larian, lawat: http://www.cowayrun.com.my. Butiran mengenai Happy Water Project boleh didapati di http://www.coway.com.my/happywaterproject.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: