Bola Sepak Semasa Terkini

Ifedayo tambat perhatian Feichtenbeiner

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ifedayo menjaringkan satu gol membantu kemaraan pasukan ke pentas suku akhir untuk bertemu Kedah.

SELANGOR mara ke suku akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Melaka 2- 1 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam tadi.

Pada perlawanan itu, aksi daripada Ifedayo Olusegun berjaya menambat perhatian pemangku jurulatih Selangor, Michael Feichtenbeiner.

Ifedayo menjaringkan salah satu gol bersama Sandro Da Silva sementara Melaka United memperoleh gol sagu hati menerusi Uche Agba.

“Secara keseluruhannya saya gembira kami menang perlawanan ini. Ia adalah perkara mustahak dalam perlawanan kalah mati dan kamu harus menang.

“Kadang-kadang tak mudah bermain bola sepak. Saya beritahu mereka sebelum ini supaya kekalkan kondisi dan bermain dengan bijak.

“Peranan Ifedayo dalam pasukan menggembirakan saya. Gol awal daripadanya cukup penting buat Selangor. Dia berkerja keras dan boleh sumbat dua gol lagi tapi tak bernasib baik.

“Harap pada perlawanan akan datang Ifedayo boleh kekalkan rentak dan momentum,” ujarnya selepas tamat permainan.

Mengulas mengenai keseluruhan pertandingan, Feichtenbeiner tidak menafikan Melaka United menghadirkan bahaya kepada para pemain Merah Kuning.

“Separuh masa kedua Melaka United bahaya dengan gerakan set piece. Cumanya, kami berjaya kawal permainan.

“Gol kami di separuh masa kedua terus membuatkan saya yakin kami akan menang. 20 minit terakhir kami bermain secara bertahan hingga tamat,” katanya.

Keputusan itu sekali gus membuka laluan skuad Lembah Klang terbabit mara untuk berdepan Kedah.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: