Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Arteta pikul tanggungjawab

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Arteta mengakui bahawa kekalahan ini adalah sebahagian dari tanggungjawabnya.

ARSENAL tewas mengejut 0-3 ketika melayan kunjungan Aston Villa di Emirates, awal pagi tadi.

Kekalahan ini cukup mengejutkan kerana Arsenal menyapu bersih tiga pertandingan terakhir mereka dalam semua perlawanan dengan kemenangan.

Salah satunya ketika membenam seteru tradisi, Manchester United.

Mikel Arteta selaku pengurus pasukan mengakui bahawa kekalahan ini adalah sebahagian dari tanggungjawabnya.

“Saya bertanggung jawab sepenuhnya. Kami tidak bermula dengan baik, bolos dari VAR dengan situasi offside dan kami kalah dalam semua persaingan, pertandingan, dan kami gagal menguasai bola.

“Semasa kami menciptakan peluang, kami gagal mencapai sasaran. Ini kombinasi yang sangat buruk. Kami meninggalkan ruang dan dalam serangan balas, dan kelihatan teruk,” katanya kepada Sky Sports.

Pada perlawanan itu, Aston Villa memperoleh jaringan menerusi gol sendiri tuan rumah, Bukayo Saka, minit ke-25 sebelum penyerangnya, Ollie Watkins, memperkukuh kedudukan dengan dua gol pada minit ke-72 dan 75.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: