Bola Sepak Terkini

Gol pertama bunuh kami !!!!


Nazrulerwan mengakui pemainnya melakukan beberapa kesilapan kecil.

JURULATIH Kelantan United FC (KUFC), Nazrulerwan Makmor akui gol pertama Perak membunuh momentum perjuangan mereka pada perlawanan pusingan pertama Piala Malaysia di Ipoh, malam tadi.

Dalam pertemuan itu, Perak menang bergaya 4-0 menerusi hatrik Leandro Dos Santos minit ke-7, 21′ dan 49′ serta Careca 90+1.

“Tahniah kepada Perak yang dari segi posisi lengkap. Jujur saya katakan saya amat gembira dengan para pemain. Pada babak kedua kita mula bermain lebih baik cuma inilah bola sepak.

“Gol pertama dan kedua Perak terus membunuh dan mematikan semangat kami. Kita lakukan beberapa kesilapan kecil dan tidak fokus.

“Saya juga memberikan pesan kepada mereka supaya berhati-hati dengan set-piece pihak lawan yang mana itu merupakan kelebihan tuan rumah,” katanya selepas perlawanan.

Ketika diminta mengulas jika khidmatnya masih diperlukan lagi KUFC pada saingan musim hadapan, ini jawapan balas Nazrulerwan.

“Saya akan ubah pasukan dari segi susunan pemain dan mungkin ambil pemain asing yang lebih bagus untuk membentuk pasukan. Beberapa pemain sedia ada yang komited turut dikekalkan.

“Saya lihat KUFC ada ramai pemain muda berbakat yang boleh digilap. Harap mereka boleh bersinar dengan kelab,” ujarnya.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment