Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Fernandes lega United bangkit

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Fernandes meledak dua gol membantu kemenangan pasukan mengatasi Everton, 3-1.

BINTANG Manchester United, Bruno Fernandes mengakui senang hati dengan kemenangan 3-1 pasukannya ke atas Everton dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goodison Park.

Fernandes menilai kemenangan itu adalah kemenangan yang bermakna setelah mereka sebelum ini menelan dua kekalahan yang buruk.

Bagaimanapun, The Red Devils ketinggalan menerusi gol awal Bernard, sebelum United bangkit hasil dua jaringan Fernandes dan gol penutup dari Edinson Cavani.

“Kami bermain dengan begitu buruk kelmarin (bertemu Istanbul) di mana segalanya serba tak kena.

“Ini adalah perlawanan yang berakhir dengan baik. Kami tahu apa yang harus kami lakukan dan kami melakukannya dengan baik.

“Kami membuat beberapa kesilapan di babak kedua, namun kami juga lebih percaya diri untuk terus menyerang. Kami tidak lama mengawal bola, dan setelah kami mencetak gol pertama, kami menunjukkan reaksi yang bagus,” ujar Fernandes kepada BT Sports.

Fernandes bersyukur apabila pasukannya meraih kemenangan ke atas Everton ini.

Ini katanya, jika mereka kalah lagi, United akan sukar untuk bangkit.

“Kami tahu kualiti kami. Kami benar-benar bekerja keras untuk pertandingan ini.”

“Saya rasa sangat sukar bagi kami untuk pulih setelah pertandingan di Istanbul. Ini adalah waktu yang tepat untuk melakukan sesuatu dan kami berjaya melakukannya,” jelasnya.

Hasil kemenangan ini, United memperbaiki carta liga dan berada di tangga ke-13 EPL.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: