Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Klopp masih percaya Firmino

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Klopp menyifatkan sumbangan Firmino terhadap pasukan cukup besar.

 

PENGURUS Liverpool, Juergen Klopp enggan ambil peduli dengan kritikan beberapa pihak yang ditujukan kepada Roberto Firmino.

Klopp menegaskan pembabitan Firmino dan sumbangannya kepada The Reds cukup besar.

Isu ini timbul apabila penyerang asal Brazil ini baru menjaringkan satu gol pada musim ini manakala, Diogo Jota telah menggegarkan jaring dengan tujuh gol dalam 10 perlawanan.

“Dengan siapa pun nanti yang akan saya turunkan, saya tidak perlu mengulas apa-apa pun tentang Bobby Firmino. Dia sangat penting untuk Liverpool dan kami tidak akan membuang masa untuk bercakap hal ini..

“Saya akan sangat malu jika bertanyakan kualiti Firmino,” ujar Klopp dikutip dari laman rasmi Liverpool

Liverpool yang menghuni tangga kedua liga bakal bertandang ke Etihad untuk menghadapi Manchester City untuk aksi minggu ke-8 Liga Perdana Inggeris, awal lagi Isnin ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: